Sudahkan anda menonton Filem Chantek arahan Pierre Andre? Jika belum, anda masih sempat lagi menonton dan berperluang menyertai kontest ini.
Anda boleh memenangi hadiah utama iaitu iPad2 & empat hadiah eksklusif dengan tiga langkah mudah berikut:
Langkah 1
Tonton filem Chantek di pawagam berdekatan anda. Sila simpan tiket filem sebagai bukti penyertaan. (Dua tiket filem bagi satu penyertaan)
Langkah 2
Isikan dialog dalam gambar babak Pierre Andre bersama Nurul Ekasari mengikut kreativiti anda. Pastikan dialog tersebut lucu & romantik.
Tulis jawapan seperti berikut:
Dialog Pierre Andre: …..
Dialog Nurul Ekasari: …..
Langkah 3
Hantarkan penyertaan anda berserta maklumat nama penuh, alamat, nombor telefon, no kad pengenalan dan e-mel berserta dua tiket filem Chantek ke alamat:
Peraduan Chantek bersama GUA
Alternate Pictures Sdn Bhd
D6-3-G Jalan PJU 1A/46,
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Syarat & Peraturan:
- Peraduan terbuka buat semua pembaca GUA
- Setiap penyertaan perlu besertakan 2 tiket filem Chantek yang original.
- Peraduan bermula sekarang sehingga 3 Mac 2012.
- Segala keputusan adalah muktamad & segala bantahan tidak akan dilayan.
- Pemenang yang berjaya akan dihubungi & dimaklumkan penganjur.
- Penganjur berhak menggunakan segala maklumat penyertaan untuk promosi.
- Penganjur berhak menukar syarat penyertaan & hadiah dengan nilai yang sama atau lebih.
- Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dinilai.

Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments