Pengarah dan penerbit drama Shuhaimi Lua Abdullah berharap kemunculan telefilem sulungnya berjudul Perempuan Tanpa Rahim (PTR) bakal mengubah persepsi negatif segelintir pihak yang pernah mencemuh kebolehannya sebelum ini.

Shuhaimi berkata, telefilem yang diterbitkan syarikat produksinya Tanah Beris Film Production Sdn Bhd itu adalah bukti kesungguhannya untuk berhaya dalam bidang penerbitan drama dan filem.

Perempuan Tanpa Rahim

Berkisar mengenai kesengsaraan dan trauma dialami seorang mangsa rogol. Sejarah hitam Kamariah lakonan Normah Damanhuri yang pernah dirogol ketika berusia 26 tahun membuatkan dia fobia sehingga menghantui hidupnya ke usia tua.

Sewaktu kejadian berlaku, Kamariah diselamatkan oleh Malim (Harun Salim Bachik) sehingga mereka terlanjur. Malim yang sudah beristeri bagaimanapun berhasrat untuk memperisterikan Kamariah dengan mengakui keterlanjuran mereka.

Isteri Malim, Fatimah (Khatijah Tan) meminta cerai kerana malu dengan perbuatan suaminya.

Tekanan itu membuatkan Kamariah mahu menggugurkan kandungan tersebut tetapi ia dihalang Malim sehingga seorang bayi dinamakan Syahidah (Eja) lahir. Namun, kewujudan Syahidah dibenci oleh Kamariah.

Trailer Perempuan Tanpa Rahim

Ianya akan ditayangkan pada 25 Ogos ini pukul 5 petang di TV3 yang membariskan pelakon antaranya Eja, Normah Damanhuri, Harun Salim Bachik, Putri Mardiana dan Faiz Fadzil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments