Ustaz Don Daniyal Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihannya


Ustaz Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.

Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.

Untuk pengetahuan anda, Husna Zahry Rafie merupakan seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Beliau berasal dari Balik Pulau dan majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan esok sementara majlis perkahwinan Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.

Don kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuiscell) mengakui alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

sumber : Sinar Harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments