Ulang Tahun Pertama : Kejutan Yusry Buat Lisa Surihani

Yusry-Lisa Surihani

Pada malam ulang tahun perkahwinan Lisa Surihani,

Suaminya, Yusri telah memberikan kejutan ucapan istimewa dan mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang diputarkan stesen radio radio Era FM ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

Ini membuatkan Lisa bergenangan air mata dan berasa terharu pada malam ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu.

Dari apa yang diceritakan oleh Lisa,

“Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era”

“Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.”

“Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya,”

Rakaman ucapan itu sebenarnya telah dirakamkan terlebih dahulu.

Ketika itu, Lisa tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

Bicara HyeBro : Ala sweetnya pasangan selebriti ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

About Bro Framestone

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influence. 4 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media.