Larian Amal Bersama Aaron Aziz

Larian Amal Bersama Aaron Aziz

Lari-Amal-Aaron-EraWalaupun sibuk dengan jadual promosi filem LARI,

Aaron Aziz masih sempat untuk melakukan kerja amal membantu Yayasan AIDS Malaysia (Malaysian AIDS Council) dalam mengumpul dana, dengan mengadakan satu larian amal, yang dijadualkan pada hari Rabu, 5hb Jun 2013, bertempat di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil.

#LariAmalAaronEra merupakan salah satu usaha promosi filem LARI, lakonan Aaron Aziz yang akan mula ditayangkan pada 6 Jun, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, merupakan sebuah filem aksi, yang mengangkat isu pemerdagangan manusia.

Selaku duta Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia,

Aaron Aziz berkata, program #LariAmalAaronERA bertujuan mengisi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia.

Bagi mereka yang berminat membantu boleh membuat sumbangan ikhlas se-minimum RM 1.00 kepada
tabung Yayasan AIDS Malaysia, seperti yang tertera di bawah.

Manakala bagi setiap sumbangan berjumlah RM50.00 akan disertakan dengan resit pengecualian cukai bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan.

“Setiap ringgit yang disumbangkan adalah merupakan langkah intervensi secara langsung yang dapat menyelamatkan nyawa serta mengubah nasib wanita, remaja serta kanak-kanak terpinggir yang terpaksa melalui pengalaman hidup yang getir sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS.”

Program #LariAmalAaronEra ini mendapat sokongan Era.FM selaku radio penyiar, dan acara ini akan dipancarkan secara langsung ke seluruh segara.

Diharap, #LariAmalAaronEra ini mendapat sambutan dalam satu usaha murni oleh Aaron Aziz sendiri untuk mendapatkan dana, dalam membantu golongan yang memerlukan.

UNTUK SUMBANGAN:
Nama Akaun : Yayasan AIDS Malaysia
No Akaun : 5141-0542-1257 (Maybank)

LOKASI LARIAN:
Lokasi : Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil
Tarikh : 5hb Jun (Rabu), 2013
Masa : 7.30 pagi
Hashtag : #LariAmalAaronEra
Twitter : @myAIDSCouncil
Facebook : Malaysian AIDS Council/Red Ribbon Youth Club

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga