Album terbaru Altimet

Ketika Krew Hye Bro temui Altimet sewaktu rumah terbuka Warner Music Malaysia, beliau semakin sibuk menguruskan persiapan rakaman dua album terbarunya.

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi, album tersebut kini hampir 80 peratus siap. Beliau sendiri terpaksa memilih tawaran nyanyian kerana jadual masa yang agak padat ketika ini.

Syukur, alhamdulillah. Kedua album ini akan dilancarkan November depan.

Lirik dan muzik, semuanya dicipta oleh saya.

Album tersebut akan memuatkan 10 hingga 15 lagu, bagaimanapun ia masih lagi dalam proses pemilihan. Beliau sendiri akan bekerjasama dengan DJ Fuzz dalam salah satu album tersebut.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments