Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak WarnaSebanyak 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah khas juri bakal menjadi rebutan dalam program julung kali diadakan iaitu Anugerah Lawak Warna di Istana Budaya, jam 9 malam ini.

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika. Selain itu, acara ini juga boleh didengari secara langsung di radio Sinar FM.

Gabungan anugerah terbaik yang dinilai juri profesional dan anugerah popular berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) peminat juga bakal meletakkan Anugerah Lawak Warna sebagai majlis anugerah paling ditunggu-tunggu peminat.

Menurut Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan program ini sejak kewujudan Astro Warna yang memberi peluang kepada pelakon untuk berlawak, selain yakin semakin ramai pelawak yang berbakat perlu dihargai.

Dengan adanya anugerah ini, dapat melahirkan lebih ramai lagi pelawak di Malaysia di mana pelakon juga layak bertanding dengan syarat watak yang mereka jayakan 65 peratus adalah lawak komedi.

Proses penjurian dari awal hingga akhir tidak akan membabitkan mana-mana individu daripada stesen televisyen dan pemarkahan 100 peratus dibuat menerusi undian juri profesional.

Hanya empat kategori Populariti iaitu Artis Lawak Lelaki/Wanita Paling Popular, Segmen Komedi Radio Paling Popular dan Video Viral Original Paling Popular ditentukan menerusi undian SMS.

Semua keputusan diumumkan pada malam penganugerahan yang dihoskan Datuk AC Mizal
dan Neelofa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.anugerahlawakwarna.com.my

Senarai Top 5

Filem Komedi Terbaik
• Adnan Sempit 2
• Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
• Pontianak Vs Orang Minyak
• Rock Oo
• Istanbul Aku Datang

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
• Zizan Razak (Hantu Kapcai)
• Johan (Ponti vs Orang Minyak)
• Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)
• Along Cham (Adnan Sempit 2)
• Que Haidar (Rock Oo)

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
• Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
• Sharifah Amani (Ponti vs Orang Minyak)
• Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
• Yana Shamsudin (Wawa Semput)
• Sharifah Shahira (Ponti vs Orang Minyak)

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
• Johan (Super Spontan)
• Yus Jambu (Karoot Komedia)
• Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar)
• Sabri Yunus (Kampung Semerah Semarah Padi)
• Saiful Apek (Syok: Balik Balik Rempit)

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
• Susan Lankaster (Keluarga Iskandar)
• Scha Al Yahya (Jodoh)
• Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
• Norkhiriah (Mak Sanggup)
• Sheila Mambo (Kampung Semerah Semarah Padi)

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
• Karoot Komedia
• Syok
• Maharaja Lawak Mega 2012
• Kaunter Kaboom
• Hot TV

Siri TV Komedi Terbaik
• Sepahtu
• Jodoh
• Senario
• Udin Glamor Balik Kampung
• Keluarga Iskandar

Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik
• Geng Bas Sekolah S5
• Elly & Epit
• Oh! My English
• Kan Dah Kena S1
• Super Smash

Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
• Warna Raya 2012
• Aaron Dan Zizan Beraya Sampai Pengsan
• Bimbi Dan Bonni
• Kampung Semerah Semarah Padi
• Bila Joyah Masuk TV

Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)
• Adnan Sempit 2
• Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
• Pontianak vs Orang Minyak
• Rock Oo
• Istanbul Aku Datang

Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
• Jodoh
• Bimbi Dan Bonni
• Cikgu Timah Tukar Sekolah
• Kampung Semerah Semarah Padi
• 7 Dulang Asam Pedas

Skrip Komedi TV Terbaik
• Wan Hasliza (Jodoh)
• Amaz Mazilan (Cikgu Timah Tukar Sekolah
• Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semerah Semarah Padi)
• Nazlee Jaafar (7 Dulang Asam Pedas)
• Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)

Skrip Komedi Filem Terbaik
• Adnan Sempit 2
• Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
• Pontianak vs Orang Minyak
• Rock Oo
• Istanbul Aku Datang

Pengarah Komedi Terbaik (TV)
• Melissa Saila (Kampung Semerah Semarah Padi)
• Azizi Chunk (7 Dulang Asam Pedas)
• Wan Hasliza (Jodoh)
• Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)
• Azhar Khalid Apache (Cikgu Timah Tukar Sekolah)

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)
• Ismail Bob Hashim (Adnan Sempit 2)
• Mamat Khalid (Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit)
• Afdlin Shauki (Pontianak vs Orang Minyak)
• Mamat Khalid (Rock Oo)
• Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

Kategori Populariti
• Artis Lawak Lelaki Paling Popular
• Datuk AC Mizal
• Zizan Razak
• Johan
• Jep Sepah
• Yus Jambu

Artis Lawak Wanita Paling Popular
• Jihan Raja Lawak
• Norkhiriah
• Sharifah Shahirah
• Scha Al Yahya
• Didie Alias

Segmen Komedi Radio Paling Popular
• Sketsa JoHaRa
• Lagu Merapu
• Sepontan Spontan ERA
• Gosip Mossip Mak Jemah
• Panggilan Hangit

Video Viral Original Paling Popular
• Samad Maccaboy – Video Hangat Di Malaysia (Parody)
• Megatmiqael – Gwiyomi Paling Gangster
• Popteevee – The Dendamers (The Avengers Parody)
• EdsynEngineUp – Malaysian Lady Driver
• Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments