Lemak Kampung Santan

Lemak Kampung Santan


Filem sentuhan Hans Isaac selaku pengarah dan juga peneraju utama disamping pelakon yang selalu digosip dengannya, Neelofa.

Lemak Kampung Santan mengisahkan perjalanan seorang lelaki bandar, Ridzuan yang datang ke kampung bagi mengendalikan projek sebelum jiwanya terusik dengan perkenalan secara kebetulan.

Ridzuan jatuh cinta dengan seorang gadis kampung yang ayu dan lembut bicaranya, Tiqa lakonan bintang muda jelita, Neelofa. Namun, percintaan mereka tidaklah semudah yang disangkakan.

Ridzuan seorang arkitek di syarikat pembinaan tersohor manakala Tiqa pula hanya penjual nasi lemak di Kampung Santan. Mereka pertama kali bertemu di Kampung Santan dan kedua-duanya cepat mesra antara satu sama lain.
Lemak Kampung Santan
Tanpa pengetahuan Tiqa, Ridzuan adalah ketua untuk mengendalikan projek membina resort di Kampung Santan dan sekali gus menuntut penduduk di situ berpindah.

Ridzuan cuba sedaya upaya menyembunyikan perkara itu kepada Tiqa kerana bimbang ia merosakkan cinta mereka. Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Ridzuan, Tiqa juga ada menyimpan satu rahsia daripadanya.

Malah, Kampung Santan yang menemukan mereka berdua juga punya kisah misteri, di sebaliknya hingga mengundang pelbagai tanda tanya. Lemak Kampung Santan turut dibintangi Harun Salim Bachik, Harith Iskandar, Awie, Natasha Hudson, Khir Rahman, Nadia Mustapa dan Datuk Jalaludin Hassan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga