Setia Hujung Nyawa Raya

Setia Hujung Nyawa Raya

Setia Hujung Nyawa Raya
Drama bersiri Setia Hujung Nyawa akan kembali mengubat kerinduan penonton dengan telemovie Setia Hujung Nyawa Raya sempena Aidilfitri pada 7 Ogos ini di TV3, jam 9 malam.

Ianya masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Nelydia Senrose, Hairul Azreen, Raja Ema, Zila Bakarin, Ryzal Jaafar dan Amar Asyraf.

Telemovie kali ini lebih kelakar dan bersahaja ditambah lagi dengan kehadiran beberapa watak baru lakonan Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Ruminah Sidek dan Aedy Ashraf.

Setia Hujung Nyawa Raya tidak lari daripada cerita asal dalam drama bersiri, cuma kali ini ianya menceritakan kesudahan kisah Ersalina dan Zain selepas mereka berkahwin dan El sedang sarat hamil tujuh bulan.

Pelbagai emosi dan perasaan yang menghantui diri El apabila dia terpaksa beraya di kampung Zain. Lebih menyedihkan lagi hati El, Maisara (lakonan Anzalna sebagai bekas kekasih Zain) cuba menawan kembali hatinya.

El yang sedang hamil cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung.

Disebabkan ibu bapa El dan Zain tiada pergi mengerjakan umrah. Zain dan El membuat keputusan untuk pulang beraya ke kampung Zain bersama neneknya.

Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi.

Pelbagai perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung.

Sama-sama kita saksikan nanti pada 7 Ogos ini di TV3, jam 9 malam.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga