Suara Awi Rafael Unik – Altimet

Suara Awi Rafael Unik – Altimet

Altimet dan Awi Rafael

Altimet sendiri mengakui bahawa suara Awi Rafael unik dan itu menjadi salah satu sebab beliau memilih Awi untuk berduet bagi single terbaru mereka “Kalau Aku Kaya”.

Altimet seorang yang amat cerewet dalam memilih teman untuk berduet bersama.

Mengenai pemilihan teman duetnya Awi Rafael, dia berkata suara penyanyi tersebut sangat sesuai dengan rentak lagu ciptaannya itu.

Apabila lagu ini siap, saya terus ajak Awi untuk bekerjasama.

Setelah dia melihat lirik lagu ini, Alhamdulillah hatinya terbuka untuk menyanyi bersama.

Selain Awi Rafael, Altimet juga amat meminati suara nyanyian Ila Damia bila Bro ajukan soalan mengenai siapa penyanyi wanita yang unik suaranya bagi beliau.

Hye Bro : Bro sendiri akui suara Awi Rafeal memang unik dan sedap didengar. Jom layan video temubual Awi Rafael yang sempat Krew Hye Bro rakam.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga