Fizo Omar Bakal Tunang

fizo omar

Fizo Omar bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis pada tahun ini.

Cukuplah saya cakap ya (akan bertunang). Saya tak berani nak cakap lebih memandangkan perkenalan kami masih baru lagi iaitu dalam masa beberapa bulan saja.

Jika tiada halangan, perancangan bertunang itu InsyaAllah pada tahun ini kerana bagi saya, lagi cepat lagi bagus.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti bakal tunangnya itu. Fizo sendiri mengakui dia bukannya selebriti.

Saya selesa dengan dia sebab pemikiran kami sama kerana dia pun ke arah bisnes.

Saya juga tertarik dengan sikap sopan yang ada pada dirinya serta penampilannya yang bertudung.

Keputusannya untuk bertunang bukan dibuat terburu-buru memandangkan dia baru saja mengenali wanita tersebut.

Bagi Fizo, mungkin sudah sampai masanya untuk dirinya hidup berkeluarga.

Saya juga seperti orang lain yang ingin mempunyai keluarga sendiri, isteri serta anak sebelum ingin lebih memfokuskan diri kepada karier seni dan perniagaan.

Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin murah jadi tiada apa yang nak ditunggu lagi. Ibu pun dah bagi lampu hijau dan kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

Saya percaya pada naluri dan rasa dia yang terbaik untuk saya. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin dan dengan restu ibu, saya rasa ini memang yang terbaik untuk diri saya.

Sumber : Gua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments