Ujibakat Idola Kecil TV9 Musim Ke-6

peserta idola kecilSetelah lima musim bersiaran,

Pencarian bakat cilik no. 1 di Malaysia kini kembali untuk merancakkan lagi industri hiburan Malaysia.

Program yang pernah mencecah rating 1.5 Juta penonton ini bakal memulakan penjelajahan pertama pencarian bintang Idola Kecil musim keenam di Sunway Hotel, Seberang Prai, Pulau Pinang pada 21 dan 22 September bermula daripada jam 10 pagi hingga 6 petang.

Syarat-syarat penyertaan:

1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 9-12 tahun
3) Sila bawa salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan beserta sekeping gambar berukuran passport

Antara lagu-lagu pilihan yang perlu dinyanyikan oleh para peserta adalah seperti berikut:-

1) Judika- Setengah Mati Merindu
2) Amir Jahari- Penghibur Jalanan
3) Forteen- Kita
4) Alyah- Permata
5) Shae-Sayang
6) One Direction- What Makes You Beautiful
7) Taylor Swift- Never Ever Getting Back Together

Idola Kecil merupakan hasil cetusan idea TV9 yang paling dibanggakan kerana melalui Idola Kecil, bakat-bakat pelapis penuh versatil berjaya dilahirkan.

Jika adik-adik ketinggalan untuk mengikuti sesi ujibakat di Pulau Pinang, jangan risau adik-adik masih lagi boleh menghadirkan diri di ujibakat seterusnya bertempat di Berjaya Waterfront, The Zone, Johor Bahru pada 28 & 29 September 2013. Lokasi terakhir ujibakat Idola Kecil musim keenam akan diadakan di Kidzania, Mutiara Damansara pada 5 & 6 Oktober nanti.

Jadi jangan ketinggalan untuk hadir menyerlahkan bakat anda di sesi ujibakat Idola Kecil musim keenam ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Idola Kecil musim keenam sila layari www.tv9.com.my/Idolakecil6.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

About Bro Framestone

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influence. 4 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media.