Balada Pencinta : Percintaan Terlarang Johan As’ari Dan Siti Saleh

Balada PencintaBalada Pencinta merupakan filem kedua bergenre romantis arahan Khir Rahman yang dibarisi pelakon-pelakon handalan industri termasuk Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein.

Sinopsis Filem Balada Pencinta

Filem ini menyingkap hidup seorang busker jalanan, Amir (Johan As’ari) yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster. Pertemuan Amir dengan Aishah (Siti Saleha), menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik.

Namun cinta yang disemai tidak dapat mengubah hakikat yang Amir dan Aishah berlainan darjat, sekaligus membawa kita mengenali Boy (Sein Hussein), tunangan Aishah yang telah ditentukan oleh keluarganya. Walau dianggap sebagai pasangan yang sama cantik dan kaya, tetap tidak merubah perasaan Aishah terhadap Amir.

Jalan Cerita Filem Balada Pencinta

Amir yang asalnya merupakan salah seorang anggota sebuah kumpulan samseng, kini mula ingin berubah dan mencari erti hidup yang lebih baik. Kesedaran ini timbul apabila ibunya meninggal dunia. Amir mula merasa lebih bertanggungjawab, apatahlagi dia juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Ayu. Sebagai permulaan, Amir kini memilih untuk menjadi pemuzik jalanan, ini kerana dia sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan nyanyian. Selalunya dia akan menyanyi di sekitar ruang legar Central Market.

Pada suatu hari, Amir di datangi seorang perempuan, Aisyah namanya. Aisyah ingin merapatkan diri dengan Amir kerana dia suka Amir, dan Amir mempunyai ciri perwatakan yang tidak jauh dengan arwah teman lelakinya dahulu. Dari sebuah perkenalan ringkas, hubungan antara mereka berdua menjadi semakin rapat, malah semakin mesra. Mereka mula sedar bahawa mereka saling menyenangi dan telah mula saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka bercinta.

Percintaan mereka ini tidak selalu indah. Pada suatu hari Amir di datangi seorang lelaki bernama Anuar, atau lebih di kenali dengan gelaran Boy. Sebenarnya Boy adalah bakal suami Aisyah. Mereka berdua akan dinikahkan tidak lama lagi. Amir menjadi tidak menentu dengan berita yang di terimanya. Boy pula, dengan cara yang baik memohon agar Amir mula menjauhkan diri dengan Aisyah.

Sewaktu berjumpa dengan Aisyah, Amir menceritakan segala yang dia tahu. Aisyah terkejut lalu meminta maaf. Aisyah tahu apa yang dia buat adalah salah. Tapi dia tidak tahu, dia seperti terasa sesuatu apabila terlihat Amir, dia tahu yang dia akan menyukai Amir. Aisyah mendekati Amir kerana mahu meredakan kepiluannya dari kisah lalu, apatah lagi Boy bukanlah menjadi pilihannya, Boy adalah pilihan kedua ibu bapanya.

Amir tidak boleh menerima keadaan ini, kerana dia terlalu menyayangi Aisyah. Amir bermohon agar Aisyah berterus-terang dengan keluarganya yang Aisyah tidak menyukai Boy. Aisyah pula menolak, dia tidak mahu menghampakan ibubapanya, walau hatinya akan tersiksa buat seribu tahun mendatang. Aisyah meminta maaf akan apa yang telah terjadi, lalu meninggalkan Amir dalam kesedihan.

Walau apa sekalipun, Amir tetap berusaha untuk mendapatkan kekasihnya itu. Dugaan demi dugaan diharunginya. Penderitaan Amir bertambah teruk apabila kawan baiknya pula mati akibat dadah. Adiknya Ayu pula telah diculik untuk dijadikan pelacur. Amir harus mengharungi semuanya dengan hati yang tabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments