Diana Amir Jaga Imej Bertudung

Diana AmirDiana Amir mengakui kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imej bertudung.

Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian.

Insyaallah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung saya akan terima.

Beliau kini tengah mengendalikan program bual bicara SIS di TV9 mengakui lebih selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan.

Dalam perkembangan lain, Diana juga sibuk menguruskan perniagaan pakaian miliknya iaitu Diana Amir Exclusive selain melakukan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melindai Looi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments