Diana Amir Umum Tarikh Kahwin

Diana AmirDiana Amir mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini.

Pihak pengurusannya iaitu Metrowealth Sdn Bhd (MIG) akan mengadakan satu sidang media khas di pejabat syarikat berkenaan bagi memaklumkan mengenai perkara itu pada petang Jumaat ini.

Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments