Doakan Wawa Zainal Bertudung Sepanjang Masa

Wawa Zainal Belum Sedia Bertudung Sepanjang Masa

Doakan Wawa Zainal Bertudung Sepanjang Masa – Anda perasan tak semasa Wawa dan Aeril buat sidang media baru-baru ini ? Anda perasan tak yang mana Wawa Zainal bertudung ? Agak tertanya-tanya juga, adakah Wawa Zainal kini telah bertudung penuh?

Jom kita baca apa kata Wawa Zainal :

“Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama. Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

“Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi,” katanya.

Mengharapkan kebahagiaan dengan perkahwinannya ini, Wawa turut memohon agar masyarakat tidak lagi memandang serong atas apa yang telah berlaku sebelum ini;

“Saya mohon agar kami diberi ruang untuk memulakan hidup baru sekeluarga. Janganlah kerana peristiwa lalu, tohmahan dan cercaan ini berterusan.

“Kasihanilah anak kami kerana dia tidak berdosa dan dia adalah cinta halal kami. Hentikan tohmahan dan cercaan yang bukan-bukan,” ujar ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu.

So, kita sama doakan semoga Wawa Zainal akan bertudung penuh sepanjang masa dan semoga bahagia membina mahligai cinta bersama Aeril Zafrel dan putera sulung mereka. Aamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments