Kontrak Artis Naungan MIG Tidak Melanggar Hak Asasi Manusia

Rabu lalu, Zed Zaidi telah menyelar isi kandungan kontrak MIG yang didakwa telah melanggar hak asasi manusia dan meminta pihak MIG memansuhkan kontrak itu.

Sekiranya syarikat tersebut tidak berbuat demikian, Seniman akan segera membuat laporan polis dan membawakan isu tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). David TeoBagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo menyifatkan dakwaan Zed Zaidi sudah menjatuhkan nama baik syarikatnya.

Zed bercakap demikian selepas kontroversi status perkahwinan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dirahsiakan kononnya hubungan cinta mereka dihalang MIG.

Zed yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman (Seniman) itu tidak sepatutnya bertindak membuat kenyataan secara terburu-buru memandangkan dia tidak membaca sepenuhnya kontrak berkenaan.

Kalau nak tahu dia (Zed) telah menghantar surat menerusi emel ingin mendapatkan salinan kontrak pada pagi tadi (Jumaat). Nampak tak? Maksudnya dia menuduh syarikat saya tanpa membaca kontrak itu.

Saya akan mengambil tindakan sewajarnya jika ia menjejaskan perniagaan syarikat saya. Ini kerana kenyataannya itu sedikit sebanyak telah menjatuhkan nama baik MIG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments