Lisa’s Fghends Dari Lisa Surihani

Lisa’s Fghends Lisa SurihaniLisa Surihani melancarkan laman web ‘Lisa’s Fghends’ iaitu www.lisasfghends.com sebagai tanda penghargaan buat peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini beliau.

Selepas meraih ramai pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram, dia bercadang untuk membuka sebuah laman web bagi memudahkan peminat-peminatnya berkumpul.

Ini dapat merapatkan hubungan beliau dengan peminat dan memudahkan peminat mengetahui perkembangan terbaharu saya selain daripada laman sosial yang lain

Peminat boleh berkongsi apa jua idea di ruangan tersebut malah laman ini juga membolehkan peminat menonton video dan melihat koleksi foto Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya.

‘Lisa’s Fghends’ turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar setiap bulan sebagai tanda penghargaan

Pendaftaran Lisa’s Fghends adalah percuma dan selain laman web, para peminat juga boleh mengikuti perkembangan menerusi Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), Youtube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).

Sehingga kini, Lisa memiliki sebanyak 2.6 juta pengikut di Facebook, Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404,000).

Projek ini dibawakan oleh Dangerous Media Sdn. Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments