Sharnaaz Ahmad Temui Pekin Ibrahim

Sharnaaz-Ahmad

Sharnaaz Ahmad telah bertemu dengan aktor Pekin Ibrahim bagi meleraikan tuduhan kononnya dia menjadi penyebab hubungan Pekin dengan Uqasha Senrose putus.

Dalam pertemuan itu dia menjelaskan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah sementara hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.

Saya berjumpa dengan Pekin untuk berbincang bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan syukurlah Pekin faham penjelasan saya dan dia minta maaf kerana salah faham terbabit.

Saya percaya, ada pihak yang menyampaikan cerita tidak betul kepada Pekin untuk melaga-lagakan kami.

Menurut akhbar telah melaporkan Pekin Ibrahim mendakwa tunangnya iaitu Uqasha Senrose sudah beberapa kali berlaku curang termasuklah menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad.

Malah Pekin turut mendakwa mempunyai bukti terhadap tuduhan bekenaan.

Bagaimanapun Uqasha Senrose menafikan dakwaan Pekin sebaliknya menuntut pelakon itu mengemukakan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan selain mendakwa kekasihnya seorang yang panas baran.

Kedua-dua pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Bicara Bro : Teringat lagi wajah Pekin sewaktu berlakon bersama pada hari kejadian dia mendapat maklumat ini. Moga dipermudahkan untuk beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments