Siti Saleha Bercinta Dengan Lelaki Eropah

Siti SalehaSiti Saleha mengakui dia sudah pun memiliki seorang kekasih berbangsa Eropah dan hubungan itu sudah terjalin sejak empat bulan lalu.

Bagaimanapun perhubungan itu tidak bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini kerana masih lagi mengenali hati budi antara satu sama lain.

Biasalah, kita perlukan warna dalam kehidupan ini dan benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini.

Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin.

Dia tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments