Tahniah !! Diana Amir Sah Bergelar Isteri

pernikahan diana amir dan Habibbullah_billyinfo2

Tahniah !! Diana Amir Sah Bergelar Isteri  – Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang ayu dan cantik jelita, Diana Amir yang telah sah menjadi isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.

diana amir

Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.

Tahniah buat kedua pasangan pengantin. Semoga berbahagia membina cinta dan diredhai Allah. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments