12 Finalis Anugerah Juara Lagu 28


ajl23

Telah diumumkan sebentar tadi 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

AJL 28 akan diadakan pada 26 Januari 2014. Antara lagu-lagu yang layak kepusingan akhir AJL28 itu ialah Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) , Kau Yang Terindah (Alyah). Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan),  dan Bosan (Stacy).

ajl23-2013

Separuh Muzik Muzik 28 pada minggu ketiga ini menyaksikan persembahan daripada Stacy dan Akim, Yuna dan Aizat, Hujan, Jaclyn Victor dan Esdrranged.

Turut diundang persembahan istimewa dari Cat Farish, Damien,  Waris, Mimie ( One Nation Emcee) dan Dj Fuzz.

finalis-juara-lagu-28

Lagu-lagu yang dipersembahkan ini diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Ajai, Azmeer, Aubrey Suwito, Ad Samad dan juga ketua juri Datuk Ramli M.S

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments