Adi Putra Sedia Jelaskan Isu kontroversi kepada Anak

 

adiputra

Pelakon terkenal, Adi Putra memberitahu bahawa dia bersedia untuk menjelaskan isu kontroversi yang pernah membabitkan dirinya itu kepada anaknya Zara Adelia, 1 tahun apabila anak itu dewasa nanti.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32 tahun, memberitahu dia tidak mahu anaknya membuat pelbagai andaian melalui berita yang disebarkan selain mahu Zara Adelia bersedia menjawab persoalan masyarakat di luar sana nanti.

Sebelum dia ( Zara ) dapat tahu sesuatu kontroversi mengenai diri saya, saya akan menerangkan dahulu kepadanya, Yalah sekurang-kurangnya bila dia cari melalui “ Google “ di internet, tidaklah dia terkejut.” –mstar online

Adi yang pernah menimbulkan kontroversi selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila dikatakan dia ada mengirim mesej dan gambar berunsur lucah kepada isterinya.

Adi berkata, dia masih menunggu jawapan dari pihak polis dan berharap orang ramai tidak membuat andaian dia menggunakan pihak berpengaruh untuk menyelesaikan kes tersebut.

Cuma saya berharap orang ramai tidak mempercayai kononya saya menggunakan orang atasan untuk menyelesaikan kes tersebut. Bagi yang percaya terpulanglah, Cuma saya percaya kebenaran akan muncul juga.

Adi kini bakal mempromosikan filem terbarunya Balistik pada hujung bulan depan. Dia juga sedang mengusahakan perniagaan keperluan mandian jenama Hadaz di bawah syarikat milinya, Nur ADP Sdn Bhd.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments