Amy Search Berhasrat Sambung Belajar

 

amy-search1

Walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun, namun bagi vokalis Kumpulan Search iaitu Amy, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke universiti tempatan.

Ujar Amy, hasratnya untuk sambung pelajaran terbantut selepas tamat persekolahan kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.

Kata Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran dari mana-mana universiti nanti.

Amy menjelaskan, dia amat meminati bidang arkitek dan berharap dapat belajar dalam bidang itu suatu hari nanti. Baginya ilmu itu dituntut tidak kira usia dan perkara yang cukup berguna. Andai ada tawaran nanti dia pasti akan menerimanya.

Menerusi perkembangannya kini, Amy  akan bersama-sama artis lain bakal membuat persembahan dalam Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa ( YDAB ) bagi mengutip dana untuk mebantu pelajar universiti yang kurang berkemampuan.

Konsert itu akan diadakan selama dua hari pada 20 dan 21 Disember ini betempat di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknoligi Mara ( UiTM ) Shah Alam.

Antara artis lain yang terlibat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Awie,Hafiz, Dayang Nurfaizah, Pasha Ungu, Adira dan Rossa.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan tiket dengan harga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,000. Hubungi 019-6704734, 013-3959839, 03-79622186 untuk maklumat lanjut.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments