Azheal Kembali Ke Pentas Final AF2013

 

azheal-af2013

13 November 2013 – Azhael yang dianggotai Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi, mengejutkan ramai peminat apabila tersingkir dari final AF2013 dan meninggalkan rasa yang berkesan kepada peminat AF2013.

Namun, keputusan Astro yang melakukan undi masuk bermula malam tadi telah memberi peluang kepada  penyokong Azhael yang akhirnya undi masuk telah berpihak kepada Azhael kerana mendapat undian tertinggi sekaligus menewaskan  calon-calon lain.

Pengumuman kemasukan semula Azhael , diumumkan oelh  Dato` Siti Nurhaliza menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Konsert akhir AF2013 akan berlangsung Ahad ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur . Azhael bakal berentap bersama Nabila, Aisyah, Indah, Faizul, dan  Amira. Teruskan undian anda bagi melihat siapakah yang bakal bergelar juara.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments