Faizal Ismail Tinggalkan Hot FM Fokus Perniagaan Sendiri

Faizal Ismail Tepis Tinggalkan Hot FM

Faizal Ismail menafikan tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut sebelum ini disebabkan menghadapi krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan.

Peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk beliau menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya.

Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio.

Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai hal ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya sejak dua bulan lalu.

Dalam pada itu, beliau juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal hasil usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran.

Faizal yang hampir lapan tahun menjadi penyampai di Hot FM bakal mengakhiri tugasan mengendalikan rancangan AM Krew bersama Farah Fauzana dan AG pada Jumaat (hari ini).

Bagaimanapun, dia masih mengendalikan rancangan hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad secara sambilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments