Faizul Beri Duit RM100,000 Kepada keluarga

 

faizul af2013

Pemilihan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani yang menjadi Juara AF2013 merupakan suatu keputusan yang tepat. Faizul sememangnya berjaya membuktikan dia layak menjuarai pertandingan yang AF2013 yang berlangsung baru-baru ini.

Faizul yang berasal dari Tawau, Sabah banyak menghabiskan tenaga memerah keringkat untuk berjuang sehingga ke final.

Saya tidak pernah terfikir langsung untuk menyertai pertandingan ini. Bukan apa, saya seorang yang sangat pemalu, tetapi kawan-kawan saya dan adik beradik kata saya ada bakat menyanyi dan paksa saya pergi uji bakat AF2013.

Ujar Faizul, dia tidak mahu sesen pun hasil duit RM 100,000 yang dimenanginya  itu. Dia berpegang pada niat untuk masuk AF2013 demi membantu keluarganya. jadi wang yang diperolehi itu memang akan diberikan semua kepada kedua ibu bapa. Tetapi, kata Faizul sambil ketawa, jika mereka mahu berikan sedikit wang itu kepada saya, saya akan terima.

Ujar Faizul lagi, dia begitu mengagumi bakat penyanyi Faizal Tahir. Bagaimanapun, dia berjanji akan menjadi dirinya sendiri dan tidak akan melupakan asal usul.

Mudah-mudahan saya sentiasa jadi diri sendiri. Dari segi muzik yang akan dibawa saya sukakan sesuatu yang eksperimental. Mungkin ada risiko untuk peminat menerimanya, tetapi saya yakin dengan hala tuju selepas ini di bawah pengurusan pihak Astro,” ulasnya yang berjaya mengikis perasaan malu selama 10 minggu berada dalam AF2013. – kosmo online

Pada pertandingan AF2013 baru-baru ini, Faizul menyampaikan lagu baharunya berjudul Sepasang Sayap dan lagu hanyut ( Faizal Tahir ) dan berjaya menewaskan peserta lain.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments