Filem Frozen : Anna Dan Puteri Salji 28 November 2013

 

anna-dan-puteri-salji

Filem terbaru dari Walt Disney Studios ” Frozen : Anna dan Puteri Salji ” versi Bahasa Melayu.

Trailer Bahasa Melayu dengan suara Liyana Jasmay sebagai Puteri Anna, Marsha Milan sebagai Puteri Elsa dan Ray Era FM sebagai Olaf.

Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna (suara Liyana Jasmay) dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri Elsa (suara Marsha Milan) yang memiliki kuasa sihir. Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negaranya, Arrendell, kepada musim sejuk untuk selama-lamanya. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan juga bertemu dengan orang batu bersihir dan orang salji lucu dan ceria, Olaf dalam pengembaraan untuk mengembalikan musim panas dan menyelamatkan negaranya.

frozen-anna-dan-permaisuri-salji

Filem ini  bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 November ini.

Saksikan trailer filem ini di saluran youtube Frozen :  Anna Dan Puteri Salji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments