Free Birds Kisah ” Ayam Belanda ”

 

free-birdsFilem terbaru animasi, “ free Birds “ menarik perhatian ramai apabila memaparkan misi pengembaraan dua ekor ayam belanda yang ingin kembali ke zaman hari Thanksgiving pertama untuk menghalang spesis mereka menjadi menu utama perayaan ini.

Cerita bermula apabila Reggie, seekor ayam belanda (lakonan suara actor Owen Wilson ), mempersoalkan kenapa rakan-rakan dan dirinya sering dihidangkan makanan yang banyak sehingga mereka menjadi gemuk.

Pada hari Thanksgiving, Reggie diselamatkan oleh anak presiden  US yang inginkannya menjadi “ ayam belanda yang dikecualikan “ daripada dimakan.

Bagi Jake pula, seekor ayam belanda yang tegap mempunyai misi mencari mesin masa dan merentasi masa ke 1621 di makmal rahsia Amerika untuk menyelamatkan ayam belanda dari menjadi menu utama.

Pada mulanya mereka tidak bersetuju,namun akhirnya mereka  bergabung tenaga mencapai matlamat misi tersebut.

Pelbagai perkara lucu bermula apabila dua zaman bertembung. Reggie pula mula belajar mengenai kehidupan sebenar.

Saksikan bagaimana mereka berusaha menyelesaikan misi tersebut di pawagam berdekatan anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments