Hari Terakhir Faizal Bertugas Di Hot FM

Hari Terakhir Faizal Bertugas Di Hot FM2

Hari Terakhir Faizal Bertugas Di Hot FM – Seperti yang kita semua sedia maklum, Faizal Ismail beberapa minggu lalu mengemparkan Malaysia bahawa beliau bakal meletakkan jawatan sebagai Penyampai radio Hot Fm.

Kelmarin merupakan hari terakhir Faizal Ismail berkhidmat di stesen radio popular Hot Fm. Dan pastinya semua krew Hot Fm sedih dengan keputusan Faizal Ismail.

Menerusi akaun Instagram stesen tersebut, suasana sayu menyelubungi konti apabila tiba detik-detik terakhir Faizal menamatkan perkhidmatannya selepas lapan tahun menggalas tugas sebagai penyampai.

Pastinya, ramai pendengar setia radio Hot Fm ini akan turut sama merasakan kesedihan. Rasanya tak lengkap Am Krew tanpa Faizal Ismail. Dengan gelak ketawa setiap pagi yang boleh menghiburkan pendengar.

Diharap keputusan Faizal Ismail adalah yang terbaik buat dirinya, semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan dan akan lebih berjaya diluar sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments