Konsert Destini Tampil Artis Hebat

 

konsert-destini-3

Satu konsert  Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa ( YDAB ) akan diadakan pada 20 dan 21 Disember depan di Dewan Agung Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.

Penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Awie, Amy Search,  Jaclyn Victor, Hafiz, Rossa, Adira dan Pasha Ungu akan membuat pesembahan  di Konsert Destini tersebut.

Konsert Destini ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan  untuk meyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

konsert-destini-2

Kata Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, ketua Pegawai Eksklusif YDAB, pihaknya mensasarkan RM2 juta bagi konsert itu  apabila melihat penjualan tiket yang memberangsangkan.

Ujarnya , konsep persembahan itu akan ditampilkan dengan sedikit kelainan dengan penuh harmoni dan elegan.  Mereka juga akan mengabungkan pelbagai genre muzik  memandangkan konsert itu nanti akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat.

konsert-destini-1

Ujarnya lagi,  dewan yang akan digunakan itu mampu memuatkan 3,750 penonton  dan memandangkan ia mendapat sambutan hangat membuatkan kami mengambil keputusan mengadakan konsert ini selama 2 hari.

Bagi Datuk Siti Nurhaliza pula, dia berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan YDAB bagi melakukan kerja-kerja amal. Ini merupakan kerjasama kali kedua Siti dan YDAB. Bagi Siti, dia menerima untuk bekerjasama kerana merasakan dia patut membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Bagi orang ramai yang berminat dan ingin menempah tiket boleh menghubungi talian 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186. Selain tiket RM1000, terdapat juga tiket-tiket yang berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments