Konsert Jelajah Pelangi Untukmu Ning Baizura

 

Ning-Baizura

14 November 2013 – Penyanyi bersuara lantang, Ning Baizura  bakal mengadakan siri konsert jelajah pada sabtu ini, 16 November, bertempat di Pusat Telekom Malaysia ( TM ).

Konsert berjudul “ Pelangi Untukmu “  ini akan membawakan 28 buah lagu  dan tiga lagu baru iaitu Pelangi Untukmu, Bukan Wanita Sempurna dan Embunan Bersinar.

Ujar Ning, dia gembira dapat kembali beraksi di pentas untuk menghiburkan para peminatnya yang telah banyak menyokong perjalanan seninya selama ini.

Setelah genap 20 tahun bergelar anak seni, pasti banyak memori dan kenangan yang mahu saya kongsikan dan melalui siri konsert itu nanti, saya akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan hidup saya.

Konsert siri jelajah ini akan bermula di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan akan berakhir di Singapura.

Tiket-tiket berharga RM50 dan RM75 boleh didapati dengan melayari laman web www.ticketcharge.com.my manakala untuk membeli tiket berharga RM150, boleh menghantar emel ke nmz.ning@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments