Lagu Saya Sayang Awak Eddie Hamid Tambat Hati Pendengar

eddie-hamid

Lagu baru ciptaan Eddie Hamid “ Saya Sayang Awak ”  dan dinyanyikan duet dengan penyanyi dari Labuan. Sabah, Rehana Muhamad Yunus atau dikenali sebagai Reyhana, kini mula berkumandang di radio dan berjaya menambat hati pendengar.

Ujar Eddie , lagu ini sesuai dinyanyikan di  karaoke kerana biasanya pasangan bercinta akan menyanyikan lagu duet.Oleh itu adanya suara saya sebagai featuring, maka ia sesuai untuk dinyanyikan berpasangan.

Bagi Reyhana pula, dia menunggu selama lima tahun untuk album sendiri dan akhirnya penantian itu berbaloi .

Menurut Eddie lagi, sebagai komposer, dia berpuas hati dengan vokal dan penyampaian Reyhana dalam lagu apatah lagi lagu itu memang dicipta untuknya.

Album ini memuatkan 10 lagu saduran dan tiga lagu baru. Antara lagu saduran yang dinyanyikan semula seperti Di Antaranya, Ku Salah Menilai, Suralaya, Penantian, Semalam Yang Hangat, Cinta dan Kau Takkan Tahu. Manakala lagu baru pula, Saya Sayang Awak, Sayap DI Awangan dan Tak Rela.

Album ini telah mula berada di pasaran pada 11 November 2013.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments