Nabil Ahmad Kini Buka Gimnasium

Nabil Ahmad Kini Buka GimnasiumNabil Ahmad Kini Buka Gimnasium – Alhamdulillah rezeki Nabil Ahmad kini terbuka luas dan bertambah. Yang terbaru, Nabil Rajalawak atau kini digelar Nabil Ahmad mengambil keputusan untuk membuka bisnes gimnasium bersama seorang rakan kongsi, Sam Adnan.

Nabil Ahmad dan Sam Adnan akan membuka gimnasium yang terletak di 11A Jalan Aminuddin Baki, Nabil Ahmad Kini Buka Gimnasium Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Menurut Nabil, Gimnasium mereka akan beroperasi bermula pada jam 7 pagi sehingga 11 malam pada setiap hari. Gimnasium tersebut turut menyediakan pelatih yang berkelayakan dan berkaliber untuk lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah, rakan kongsi saya juga banyak membantu. Saya menyertainya lebih sebulan yang lalu dan setakat ini ramai juga rakan-rakan artis yang datang ke gimnasium kami. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan,” ujar Nabil.

Itulah langkah yang sepatutnya dilakukan oleh semua artis di Malaysia. Harus ada sesuatu sumber yang akan menyokong kita di kehidupan yang akan datang. Jika di suatu masa nanti bintang sudah mulai malap, tidak nanti terkapai-kapai mahu mencari sumber rezeki yang lain. Tahniah lagi sekali buat Nabil Ahmad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments