Nad Zainal – Pengacara Anugerah Skrin 2013

Nad Zainal

Nad Zainal telah diumumkan sebagai pengacara ASK 2013 dan digandingkan bersama Awal Ashaari dan FBI.

Ini merupakan pertama kali beliau mengacara sesebuah program berskala besar dan keadaan itu benar-benar memberikan cabaran buatnya apatah lagi berganding dengan dua personaliti yang mahir dalam acara siaran langsung.

Bagaimanapun beliau berasa bimbang sekiranya penonton membuat perbandingan dengan dua pengacara gandingannya iaitu Awal Ashaari dan Faizal Ismail (FBI) dalam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013).

Saya menerima tawaran ini tanpa berfikir panjang kira-kira sebulan lalu. Walaupun saya pernah mengacara satu program sahaja sebelum ini (Osom – RTM), saya berbesar hati apabila diberi tugasan untuk mengendalikan sebuah anugerah yang berprestij.

Cuma saya bimbang jika orang ramai membandingkan cara pengacaraan saya dengan Awal dan FBI.

ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Acara itu akan diadakan secara langsung dari stadium Malawati Shah Alam pada 29 November ini pada pukul 8.30 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments