Nora Ariffin Lancar Video Album Mari Menyanyi Bersama Ummi

nora-ariffin

Sudah agak lama tidak mendengar kisah penyanyi yang popular suatu ketika dulu, Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin. Terkini, Nora melancarkan sebuah video album kesinambungan dari siri animasi Ummi : Ceritalah Pada Kami ( UCPK ) yang berjudul “Mari Menyanyi Bersama Ummi “.

Ujar Nora, video ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi turut mengandungi pangajaran dan pembelajaran untuk golongan ibu bapa dan kanak-kanak. Video album ini baru peringkat permulaan dan akan terus aktif menerbitkan produk yang lebih menarik dan bermanfaat.

Kata Nora, dia percaya konsep belajar sampil berhibur merupakan sesuatu yang mudah untuk kanak-kanak mendekati dan ia pasti mendapat sambutan memberangsangkan.

 nora-mari-menyanyi-bersama-ummi

Menurutnya lagi, album itu diterbitkan bagi memenuhi permintaan daripada peminat-peminatnya terutama dari kalangan kanak-kanak dan keluarga.

Ummi : Ceritalah Pada Kami juga baru sahaja dilancarkan di Dubai dalam acara Mycontent. Ia juga akan dipasarkan di Negara tersebut.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksklusif Rangkaian Televisyen Prima Berhad. Turut hadir suami Nora iaitu Johan Nawawi.

Video album Mari menyanyi Bersama Ummi akan berada di pasaran Disember depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments