Official Video: Kalau Aku Kaya – Altimet & Awi Rafael

awi-rafael-dan-altimet
“Kalau Aku Kaya” – telah menjadi suatu fenomena dan siulan orang ramai pada masa kini dan merupakan sebuah lagu yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar dari mula hinggalah ke minit yang terakhir.

Pembawakan Awi Rafael dan Altimet di dalam lagu ini tampak begitu bersahaja dan mereka berdua juga kedengaran sangat serasi seperti telah lama berkolaberasi.

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini merupakan hasil ciptaan bersama sepenuhnya oleh Audi Mok dan Omar K manakala liriknya pula ditulis oleh Altimet sendiri.

Jika sebelum ini kita sering melihat muzik video “Kalau Aku Kaya” di YouTube, muzik video tersebut merupakan muzik video lirik sahaja dan kini muzik video rasmi “Kalau Aku Kaya” sudah dirilis di YouTube.

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet & Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya, kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Pihak Warner Music Malaysia dan Kartel Records mengambil masa lebih kurang sebulan setengah sahaja untuk menyiapkan muzik video ini. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Grik, Perak untuk Awi Rafael dan Altimet pula di ‘showroom’ kereta di sekitar Kuala Lumpur. Muzik video ini merupakan hasil kerjatangan Ravi. Ravi merupakan pengarah yang terkenal di dalam bidang iklan dan pembikinan muzik video di Malaysia.

“KALAU AKU KAYA” nyanyian Altimet & Awi Rafael ini merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments