Pakcik Guard Azman Dapat Tawaran Berlakon Drama TV

pakcik guard azman berlakon drama

Pakcik Guard Azman Dapat Tawaran Berlakon Drama TV – Masihkah anda ingat dengan Pakcik Guard yang diherdik oleh Isteri kepada pemain bola Johor, Mat Yo yang mana telah menggemparkan Malaysia?

Kini, Pakcik Guard Azman ditawarkan berlakon dalam sebuah drama Tv  diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf. Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9.

Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi.

Gambar di atas dimuat naik oleh salah satu artis yang berlakon dalam drama tersebut, Izara Aisyah ketika mereka dalam pengembaraan.

Foto di bawah ini sebenarnya dikongsikan oleh pelakon jelita, Izara Aishah ketika penggambaran drama terbarunya Cinta Pandang Ke-2.

Alhamdulillah. Rezeki Allah berpihak kepada Pakcik Guard. Semoga Pakcik Azman mendapat nama di dalam industri lakonan ini. Tabikkk kat Pakcik Guard !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments