Pelancaran Muzik Video Altimet dan Awie Rafael Kalau Aku Kaya

 

awi-rafael-dan-altimet

Lagu “Kalau Aku Kaya”  telah menjadi suatu fenomena pada masa kini  yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik. Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar-pendengar di Malaysia dari mula hinggalah ke minit yang terakhir.

Nyanyian Awi Rafael dan Altimet di dalam lagu ini begitu bersahaja dan mereka berdua juga kedengaran sangat serasi seperti telah lama berkolaberasi.

awi-rafael

Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Nabawi bin Gunawan dilahirkan pada 23 Julai 1986 dan dibesarkan di Singapura. Antara lagu popular Awi Rafael seperti “Pulanglah” dan “Bila Aku Jatuh Cinta”. Awi Rafael kini merupakan artis rakaman Warner Music Malaysia.

altimate

Bagi Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman pula telah lama berkecimpung didalam industri muzik tanah air. Bermula dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew dan seterusnya bergerak solo. Antara lagu yang popular adalah “Kalau Berpacaran” berganding dengan Ana Raffali dan juga  Suhaimi Mior Hassan. Kini Altimet merupakan figura yang disegani dibawah naungan Kartel Records.

kalau-aku-kaya

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini merupakan hasil ciptaan bersama sepenuhnya oleh Audi Mok dan Omar K manakala liriknya pula ditulis oleh Altimet sendiri

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini berkisarkan tentang individu yang mengimpikan untuk menjadi kaya. Jika diamati lirik hasil nukilan Altimet ini terdapat nilai-nilai kebaikan dan kemasyarakatan. Dimana dalam berimpikan untuk menjadi kaya, mereka tidak seharusnya lupa akan niat murni untuk membantu orang disekeliling terutama sekali ahli keluarga dan mereka yang rapat.

Hanya mengambil masa lebih kurang sebulan setengah sahaja untuk menyiapkan muzik video ini, akhirnya Muzik Video Altimet dan Awie Rafael dilancarkan dengan jayanya pada  1 November 2013 . Tahniah dan syabas diucapkan dari team hyebro.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments