Penanggal Arahan Ellie Suriaty Padat Dengan Elemen Dakwah

filem-penanggal-2013

 

15 November 2013 – Mitos kewujudan penanggal memang sering menjadi bualan masyarakat sejak dulu lagi dimana kalau di Thailand, dipanggil Krasue, phi-kasu ( Kemboja ), Nukekubi ( Jepun ), leyak ( Bali ) dan tidak terkecuali di Sabah dengan panggilan Balan-Balan.

Sehingga kini tiada kesahihan membuktikan spesis apa sebenarnya penanggal ini, sama ada manusia terkena sumpahan, jelmaan ilmu hitam atau jasad yang diserapi roh jahat.

Lantas Ellie mengambil langkah dengan menghasilkan sebuah filem “ Penanggal”. Umum mengetahui lakonan Elie sentiasa berkesan. Dia seorang artis yang sentiasa berfikir diluar kotak dan penuh artistik.

Kelmarin, filem ini dipertontonkan kepada anak seni dan rakan media tempatan. Ramai tetamu memuji lakonan, sinematografi dan kualiti solekan filem ini.

Pada awalnya, filem ini seolah menonjolkan sisi seram atau horror semata-mata namun jangkaan itu mula tersasar apabila mula melihat paparan budaya Melayu, Jawa dan Arab yang padat dengan elemen dakwah.

Berlatar belakangkan pada era 1930-an, file mini menggabungkan ramai pelakon hebat baru dan lama seperti Ummi Nazeera, Zul Ariffin, Normah Damanhuri, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Latiff Borgiba, Josiah Hogan, Datuk Syarifah Aini, Nadia Mustaffa dan Kuswadinata.

Ujar Ellie, dia tidak melabelkan cerita ini sebagai sesuatu yang berat untuk ditonton semua peminat filem.

Saya tak pernah meletakkan filem ini ke tahap di mana penonton harus mendalami cerita ini untuk memahaminya. Ia macam filem biasa lain di mana penonton boleh layan dan tak perlu terlalu berfikir.Ia gabungan mitos, hantu, cinta, kemanusiaan serta kepercayaan dalam agama serta menentang ganguan iblis dan syaitan.

Antara rakan  artis yang hadir memberikan sokongan seperti seperti Erma Fatimah, Umie Aida, Khir Rahman, Datin Sofia Jane, Fatimah Abu Bakar, Vanidah Imran, Sharifah Amani, Sein Ruffedge dan Osman Ali.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments