Peraduan Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet

awi-rafael-dan-altimet

Lagu “Kalau Aku Kaya”  telah menjadi suatu fenomena pada masa kini  yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik. Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar-pendengar di Malaysia dari mula hinggalah ke minit yang terakhir.

Lagu “Kalau Aku Kaya” ini berkisarkan tentang individu yang mengimpikan untuk menjadi kaya. Jika diamati lirik hasil nukilan Altimet ini terdapat nilai-nilai kebaikan dan kemasyarakatan. Dimana dalam berimpikan untuk menjadi kaya, mereka tidak seharusnya lupa akan niat murni untuk membantu orang disekeliling terutama sekali ahli keluarga dan mereka yang rapat.

Pihak Warner Music Malaysia dan Kartel Records mengambil masa lebih kurang sebulan setengah sahaja untuk menyiapkan muzik video ini. Lokasi penggambaran untuk muzik video ini adalah di sekitar Grik, Perak untuk Awi Rafael dan Altimet pula di Showroom kereta di sekitar Kuala Lumpur. Muzik video ini merupakan hasil kerjatangan Ravi. Ravi merupakan direktor yang terkenal didalam bidang iklan di Malaysia. Beliau juga merupakan salah satu direktor terkenal yang sering membuat muzik video didalam industri hiburan India di Malaysia.

Buat peminat Awi Rafael & Altimet, anda kini berpeluang untuk memenangi voucher Joe’s Barber/Kitchen yang bernilai RM100!! Untuk memenangi voucher ini, sila jawab soalan berikut berdasarkan muzik video rasmi Altimet & Awi Rafael “Kalau Aku Kaya”.

Namakan dua pengarah klip video ini?

Seorang pemenang bertuah yang memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi 1 voucher Joe’s Barber/Kitchen yang bernilai RM100!!

Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

1) ‘Like’ laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia https://www.facebook.com/warnermusicmalaysia
2) Emailkan jawapan anda bersama butiran peribadi (Nama penuh, no. IC, nama akaun Facebook, alamat penuh, no telefon) ke contestwarner@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15hb November 2013.

kalau-aku-kaya

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet] Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael] Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet] Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael] Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

 

Khas buat peminat setia lagu ini, mari jadikan “Kalau Aku Kaya” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*323238# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*194947# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, dial *233*1800346# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*480564# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments