Perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin Mencecah RM13 Juta

chetanikah2

Perkahwinan Che Ta dan Zain Saidin Mencecah RM13 Juta – Murah rezeki Che Ta dan Zain Saidin apabila majlis perkahwinan mereka mendapat tajaansehingga mencecah Rm13 Juta.

Majlis yang bakal berlansung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam pada 11 Disember depan dianggap yang termahal dalam sejarah artis di negara ini.

Habib Jewels merupakan penaja utama perkahwinannya. Set barangan kemas dari Habib Jewels yang berjumlah hampir RM10 juta akan diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi perkahwian mereka.

Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah yang akan berlansung pada 11 December 2013, jam 7.30 malam bertempat di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam dan resepsi persandingan mereka yang akan berlansung pada 13 Desember 2013 jam 8 malam di Dewan Banquet, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

Bersyukur dengan tajaan yang sebegini banyak, Che Ta menafikan dia dan Zain membuat pinjaman bank untuk perkahwinan mereka. Kata Che Ta:-

Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah . Mana ada kami buat pinjaman bank? Semua perbelanjaan ditaja kecuali duit hantaran dan persembahan artis serta pengacara majlis datang daripada poket kami sendiri. sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments