Pulang Sayang Drama Baru Di TV2

drama-pulang-sayang

Sebuah drama baru terbitan Bright Network Sdn Bhd (BNSB),” Pulang Sayang ” bakal disiarkan menerusi TV2 tidak lama lagi. Drama ini memaparkan tema cinta tiga segi. Menampilkan barisan pelakon seperti  Beego, Syed Aiman, dan Suhaiza Suhaimi atau Memey. Merupakan karya terbaru dan skripnya ditulis oleh novelis terkenal Sharifah Abu Salem.

Pulang Sayang turut menampilkan pelakon popular dan pendatang baru seperti Mustafa Kamal, Idris Mad Diah, Wan Nor–azlin, Zila Bakarin, Linda Hashim, Linda Bangs, Ayang Abas dan Fira Fendi,  Raja Ema, Adibah Yunos, Syatilla Melvin.

Pulang Sayang mengisahkan Adil, adik kepada Firdaus, mencintai Aliyah. Mereka bertiga bekerja di bawah satu bumbung. Dalam diam Firdaus turut meminati Aliyah tetapi kerana sikapnya yang dingin, Aliyah tidak dapat menerimanya.

Selepas lama bercinta Aidil akhirnya berjaya memiliki hati Aliyah dan mengahwininya. Perkahwinan itu ditentang ekoran permusuhan keluarga yang berlaku terutama ibu Aidil, Sharifah Sofia lakonan Wan Nor Azlin, kerana suaminya Yusof (Mustafa Kamal) pernah bercinta dengan ibu Aliyah, Afifah (Raja Ema).

Perbalahan keluarga dan sikap mata keranjang Aidil yang hanya diketahui Aliyah selepas bernikah menyebabkan perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Selepas Aidil dan Aliyah bercerai, Firdaus berasakan itulah waktu terbaik untuknya memenangi semula hati ­Aliyah.

Apa yang akan berlaku? Saksikan drama ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

kredit : hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments