Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11 Disember

 zain-saidin-2013

Akhirnya pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan, 40 dan Zain Saidin, 29, bakal berkahwin pada 11 Disember ini. Kira-kira RM13 Juta tajaan untuk majlis perkahwinan mereka yang terdiri daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding.

Antara 28 penaja tersebut ialah Habib Jewels yang menaja barang kemas, penaja makanan dari Kumpulan Segi Seri dan Setia City Convention Centre sebagai penaja lokasi bagi perkahwinan mereka.

Kata Rozita che Wan, dia tidak menyangka ramai penaja yang ingin menaja perkahwinan mereka itu. Padanya itu mungkin rezeki orang berkahwin.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis berinai sehari sebelum nikah iaitu pada 10 Disember di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Majlis nikah itu akan diadakan selepas solat Magrib jam 7.30 malam.

Mereka kemudian akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember.

Bagi Zain pula, barangan hantaran seperti wang hantaran, mas kahwin, cincin yang akan diberi kepada Che Ta merupakan perbelanjaannya sendiri. Hanya majlis perkahwinan mereka sahaja yang ditaja.

Majlis perkahwinan mereka ini juga akan disiarkan di Astro Ria saluran 104 sebagai penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan.

Program Walimatulurus mereka juga akan disiarkan di Astro Ria untuk tatapan bagi merungkai kisah percintaan mereka. Program  itu akan disiarkan pada 7 Disember jam 10 malam, episod pertama manakala 13 Disember, jam 9 malam bagi episod kedua dan 21 Disember 10 malam, bagi episod akhir.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments