Rupanya Almy Nadia Sudah Bertunang Dengan Fizz Fairuz

Rupanya Almy Nadia Sudah Bertunang Dengan Fizz Fairuz

Rupanya Almy Nadia Sudah Bertunang Dengan Fizz Fairuz – Seperti yang kita semua maklum, Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang dah lebih 7 tahun bercinta namun pernah putus seketika dan Fizz Fairuz telah bertunang dengan wanita lain. Namun, jika yang dinamanyakan jodoh, sejauh mana pun kita pergi, pasti akan kembali. Begitulah kisah cinta mereka.

Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah pun kembali bersama dan alhamdulillah Almy Nadia dan keluarganya menerima Fizz Fairuz semula. Fizz Fairuz pula mengambil keputusan untuk merisik Almy Nadia namun mengenai pertunangan tidak di maklumkan.

Ada yang mendapat khabar yang mana Almy Nadia dan Fizz Fairuz sudah pun bertunang namun sejauh mana kebenaran tersebut? Kebenaran tersebut di akui oleh Almy Nadia sendiri dalam satu program hiburan terbitan stesen televisyen.

Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’.

Jika benar, mungkin belum terlambat untuk mengucapkan tahniah. Dan jika diikutkan, sebuah pertunangan tak perlu dihebohkan. Kita berdoa apa yang dirancang mereka dipermudahkan , semoga berkekalan hinggan akhir hayat. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments