Shila Amzah Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia

 

IMG_2666

Menjadi hari bersejarah buat penyanyi Shila Amzah apabila menjalinkan kerjasama dengan Warner Music Malaysia pada 30 Oktober 2013 baru-baru ini di dalam mempromosi dan memasarkan album terbaru beliau

Shila  Amzah yang juga  dinobatkan Juara Asian Wave tahun lalu melalui sebuah program realiti popular di Shanghai, China  turut mendapat tiga anugerah World Music Award 2013 bagi kategori  World’s Best Female Artist, World’s Best Entertainer of the Year 2013 & World’s Best LIVE Act 2013

Album berjudul “ Shila Amzah ‘ merupakan album kelima yang dihasilkan  oleh Shila Amzah sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang artis rakaman dan merupakan album pertama di bawah syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad

Dalam album tersebut  terdapat 5 (lima) buah lagu baru dan diterbitkan oleh 2 (dua) orang penerbit dan pemuzik professional yang amat disegani di Malaysia mahupun di rantau Asia iaitu Helen Yap dan Aubrey Suwito. 4 (empat) buah lagu yang diterbitkan oleh Helen Yap adalah ‘Maaf’, ‘Cinta Hati’, ‘Tulus’ dan ‘Masih Aku Cinta’. Manakala Aubrey Suwito bertanggungjawab menerbitkan lagu yang berjudul ‘Sedar’.

IMG_2675

Lagu “ Masih Aku Cinta “  telah diangkat dan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia pada 19 oktober lalu menerusi Anugerah Planet Muzik 2013.Sebuah kejayaan buat anak seni tempatan yang berbakat besar  serta bertaraf antarabangsa yang membanggakan seluruh warga Malaysia

Antara kata-kata manis yang terdapat di dalam lagu “Masih Aku Cinta” yang ingin dikongsikan dengan pembaca seperti

Kau kan temui bahagia, walaupun aku tidak bersama

Jangan kau gusar, aku akan selalu ada

Dari jauh engkau masih ku cinta

Dari jauh aku masih mencinta….

Takkan pernah ada pengganti

Mempertahankan ku sepertimu

Satu dunia menentang cinta kita

Akhirnya kita terpisah jua…….        ‘

Kemerduan vokal Shila Amzah dengan susunan muzik yang mantap sudah tentunya akan membawa para pendengar melayari suatu perjalanan dengan muzik yang indah dan penuh ketenangan

IMG_2713

Penyanyi yang juga popular dengan lagu “ Patah Seribu “ ini  turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang kerjayanya sebagai seorang insan seni

Teristimewa untuk semua peminat Shila Amzah, dapatkan lagu  “ Masih Aku Cinta” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*344334# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*205493# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, dial *233*1800688# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*515217# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

 Album “Shila Amzah” ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments