Siapa Bakal Juara Ratu Rania?

 

ratu-rania-2013

Setelah sembilan minggu bersiaran, dua peserta rancangan realiti Ratu Rania berjaya ke pentas akhir untuk meraih gelaran juara. Dua finalis itu adalah Watie ( Rosnawati Bachok ) dan Aida ( Normazuraida Zakaria )

Mereka berjaya menewaskan lapan peserta lain, bagi  Watie mahupun Aida, cabaran yang menunggu di pentas  akhir semestinya akan lebih sengit

Ratu Rania akhir akan bersiaran pada 20 November ini pada jam 9.30 malam menerusi Astro Prima ( 105). Juara Ratu Rania bakal membawa pulang hadiah utama bernilai RM 50,000 termasuk wang tunai sebanyak RM 25,000 serta kontrak selama setahun untuk iklan cetak dan elektronik kempen Safi dan barangan produk Safi Rania berjumlah RM3,000.

Pada pentas final ini, finalis akan dinilai berdasarkan sistem permarkahan 100 peratus dari juri mengikut tiga criteria utama iaitu pengetahuan, keyakinan dan personaliti.

Ujar watie, sekiranya rezeki itu berpihak kepadanya, dia merancang untuk menggunakan wang tersebut kea rah kebaikan.

Sebenarnya ibu bapa mertua saya sedang sakit, jadi saya berhasrat untuk gunakan duit itu untuk mrmbantu meringanlan beban mereka. Selain itu, saya ingin mengadakan majlis kesyukuran dan menziarahi adik-adik di Pertubuhan Rumah Amal Cahaya tengku Ampuan Rahimah.

Selain itu, saya juga ingin membawa anak dan suami bercuti. katanya

Bagi Aida pula yang juga ibu tunggal kepada puteranya Danish Izwan, 8, dia turut mempunyai perancangan sendiri seperti menziarahi anak-anak yatim di tempat yang sama memandangkan rumah anak yatim itu merupakan salah satu lokasi dalam cabaran episod Ratu Rania.

Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran meraikan kemenangan itu, saya juga akan membawa anak saya bercuti. Tidak kira menang atau tidak, saya akan bawa anak bercuti. Cuma jika menang lokasinya mungkin jauh sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments