Syarat Ketat Kepada Tetamu Majlis Perkahwinan Che Ta dan Zain

Syarat Ketat Kepada Tetamu Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain – Syarat ketat tersebut untuk 500 tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain yang bakal berlangsung nanti.

Rozita Che Wan dan Zain terikat dengan komitmen dari penaja yang melebihi 3 juta. Majlis perkahwinan mereka yang dibuat di taman dan dilimpahi pelbagai barangan perhiasan dan persalinan pakaian yang sangat mewah membuatkan majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain merupakan majlis yang paling mahal di antara kalangan artis yang lain.

Oleh yang demikian, terdapat syarat yang sangat ketat ketika majlis perkahwinan tersebut iaitu penganjur akan menyediakan khidmat fotografi tersendiri dan sebarang organisasi media tidak dibenarkan mengambil majlis perkahwinan mereka. Gambar akan diberi sejurus majlis perkahwinan selesai.

Hanya pihak Astro sahaja dibenarkan membuat liputan langsung dan stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro. Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

Walaupun majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain ini paling mahal setakat ini namun syarat yang diberikan adalah sangat tak wajar. Tapi syarat ini telah pun ditetapkan oleh mereka. Sesiapa yang menjadi tetamu haruslah mengikut syarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments