Teater Bukan 404 Kisah Masyarakat Setinggan

 

teater-bukan-404

Sebuah teater menarik  “ Bukan 404 “   akan dipentaskan  di Auditorium MPAJ, Pandan Indah pada 13 Disember hingga 15 disember 2013.

Teater ini berkisarkan tentang kisah masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan.Pelbagai peristiwa dan ragam mereka yang tinggal disitu.Disebabkan mereka tinggal berdekatan, hubungan kejiranan menjadi akrab.

Oleh kerana masyarakat kampung tinggal disitu, mereka menganggap tanah yang mereka duduki itu adalah hak milik mereka.  Namun pelbagai konflik timbul apabila ada pihak tertentu merancang untuk menjadikan tempat mereka tinggal dengan sesuatu pembangunan.

Suatu hari keadaan menjadi kalut apabila penduduk kampung menerima notis pemindahan  dari pihak majlis tanpa mereka sedari itu merupakan kesilapan mereka sendiri.

Pak Manap yang agak misteri bertemu semula dengan anaknya Abdul. Kak Miah pula sibuk dengan urusan perkahwinan anak sulungnya Alina pada 4.04.2013 yang mana jatuh pada hari sama pemindahan penduduk ke kawasan lain.

Pelbagai konflik tidak diingini. Akhirnya terbongkarlah kisah dan masalah lama. Apakah yang akan berlaku? Dapatkah anak Kak Miah berkahwin? Siapa pula Pak Manap?

Teater ini diarahkan oleh Raja Azrey Raja Kamaruzzaman dan menampilkan pelakon hebat seperti Boy Iman, Kaka Azraff, Khaty Azian, Zaiful Zairin, Hafiz Gamat dan ramai lagi.

Kepada mereka dan peminat teater, jangan lupa saksikan pementasannya di Auditorium MPAJ, Pandan Indah nanti.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments