Telefilem Hadiah Dari Syurga Sarat Dengan Pengajaran di TV9 Malam Ini

 

fahrin ahmad

Sempena Maal Hijrah hari ini, sebuah telefilem menarik bergenre kekeluargaan  arahan Suhaimi Lua Abdullah akan ditayangkan malam ini di slot Skrin Di 9 di TV9.

Antara barisan pelakon hebat seperti fahrin Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan, Ana Dahlia, Lydiawati dan ramai lagi.

Hadiah Dari Syurga mengisahkan wazir (Datuk Jalaluddin Hassan) , seorang imam yang disegani penduduk kampong dan isterinya ( Lydiawati ) berasal dari keluarga yang dihormati. Anak kedua dan ketiga mereka anak yang soleh dan menjadi kebanggaan keluarga. Anak sulungnya pula ( Ana Dahlia ) bersikap terlalu liar dan penyimpang jauh dari kehidupan Islam sebenar.Rania mudah mengamuk, mudah melemparkan kata-kata kesat jika ditegur.

Suatu hari seluruh keluarga terkejut dengan penampilan Rania yang telah memakai tudung dan berbaju kurung. Namun tiada siapa tahu niat Rania itu.Dia berubah bukan dengan ikhlas tetapi menutup kesalahannya.Dengan memakai tudung dan berbaju kurung. Rania berjaya menyembunyikan rahsia yang disimpan selama ini.

Apakah rahsia yang disembunyikan Rania.Apakah yang akan terjadi?? Saksikan kesudahan telefilem kisah ini menerusi Skrin Di 9 jam 8.30 malam ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments